Friday, March 6, 2009

Qasidah Burdah (Imam al-Bushiri)

TAHUKAH anda, mengikut satu rencana berjudul Puisi Ahli Sufi, sebelum kebanyakan negara Islam dijajah, hampir semua sastera yang dihasilkan orang Islam menampilkan ciri daripada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, iaitu hurufnya dicatat dalam tulisan jawi yang punya keunikan tersendiri.

Genre sastera atau seni Islam adalah sangat universal. Ia merangkumi khutbah, bayan, risalah, maqamah (cerpen), qissah (cerita bermoral seperti kisah sahabat), maqalah (rencana mengenai sesuatu), qasidah (puisi) dan sebagainya.

Qasidah - satu cabang seni Islam dari Arab yang sangat terkenal di tanah Arab sehingga kini. Ada pelbagai Qasidah Islam terkenal, antaranya Qasidah Burdah Shareef yang sangat masyhur. Qasidah Burdah mendapat gelaran sedemikian memandangkan isinya memberi pujian terhadap junjungan besar Nabi Muhammad.

“Sayyidul Muddah” iaitu Penghulu para pemuji Rasulullah saw dan juga puisi cintanya “Burdah”.

Karangan Imam al-Bushiri.
Nama penuhnya : Muhammad bin Said bin Hamad al-Shonhaji al-Bushiri.
Lahir di : Bahtim, Mesir pada 608H (1212M).
Berasal dari keturunan keturunan Maghribi.
Beliau ialah murid kepada Shaikh Abu Hasan ash-Shadhili.
Beliau wafat di Iskandariyah Mesir pada 696H (1296M).

Berikut dipetik tulisan Ustaz Fahmi Zamzam al-Nadawi:
“Adalah disebutkan dalam sejarah bahawa Imam al-Bushiri pengarang qasidah Burdah ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan.

Imam al-Bushiri dikenali sebagai seorang yang warak sejak beliau masih kanak-kanak lagi, lagi. Pernah disebut dalam sejarah, Imam al-Bushiri, pernah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan.

Pelbagai usaha dilakukan untuk rawatan namun tiada juga tanda sembuh, malah sakitnya bertambah teruk. Akhirnya para doktor yang mengubatinya sudah berputus asa dari kesembuhannya.Maka dalam keadaan badan yang sangat teruk ini timbullah satu ilham di hati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah saw.

Rupanya badan yang lemah longlai ini masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang sangat tajam dan keazaman yang kuat. Maka dengan hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kerinduan terhadap Baginda, Imam al-Bushiri melakarkan qasidahnya.

Satu bait demi satu bait, satu rangkap demi satu rangkap sehingga qasidah dapatlah diselesaikan dengan jumlah bait syair sebanyak 161 bait.Apa yang dirasakan dalam jiwa beliau semasa menggoreskan penanya ialah semoga dengan berkat memuji Baginda saw, penyakitnya akan disembuhkan oleh Allah swt.

Maka sebaik sahaja beliau selesai dari qasidahnya terus beliau tertidur dan beliau bermimpi melihat Rasulullah saw dalam tidurnya. Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda menyapukan tangannya yang mulia itu di atas badan Imam al-Bushiri yang sedang sakit itu dan setelah itu Baginda menyelimuti badan Imam al-Bushiri dengan sehelai selendang (Burdah).

Sebaik sahaja badan Imam al-Bushiri selesai diselimuti oleh Rasulullah saw lantas beliau terjaga dari tidurnya dan beliau mendapati bahawa penyakit lumpuhnya telah hilang. Badan beliau sihat seakan-akan tidak pernah ditimpa penyakit lumpuh itu. Dan oleh kerana kesembuhan badan beliau adalah menerusi keberkatan “Burdah” atau selendang yang telah diselimutkan oleh Rasulullah saw ke badan beliau, maka Imam al-Bushiri menamakan qasidah yang baru sahaja diselesaikannya itu dengan “Burdah” ertinya selendang.

Menurut riwayat lain ada menyebutkan bahawa Imam al-Bushiri mendapati “Burdah” atau selendang tersebut ada di atas badannya apabila beliau terjaga dari tidurnya.”Kita tidak boleh beriktiqad Qasidah Burdah yang menyembuhkan penyakit, tapi dengan memuji-muji Baginda saw, menyebut akhlak-akhlak Baginda yang terpuji, pasakkan rasa cinta yang mendalam terhadap Baginda. Dengan barakah Baginda saw Kekasih Allah, maka insya Allah akan disembuhkan segala macam penyakit.

http://www.livevideo.com/video/F2B5EBCF2CCB40A98F3E1BADE030F561/qasida-burda-shareef.aspx



Tuesday, March 3, 2009

Warkah Pusaka Guru



PANTUN SILAT CEKAK

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya


Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad bin Darus dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Menurut keterangan dari ahli-ahli Silat Cekak, pantun ini telah dicipta pada tahun 1975.


KEASLIAN SILAT CEKAK USAH DIRAGUKAN

Bilamana mendapat sendiri petikan dan ulasan dari empunya badan yang berbuat kata, maka terbukalah simpulan yang selama ini heboh diperkata, sangkalan dakwa-dakwi bermain kata, sedikit sebanyak boleh memeningkan kepala.

Sebagai generasi pendokong seni budaya, usahlah kitaselalu mengadu domba, menyampaikan perkara yang penuh sejarah duka, biarkanlah orang lama punya sengketa, kita utuhkan kembali bersama perpaduan dan SENI KEBANGSAAN meluas merata-rata.

Sengketa orang lama usahlah dok perkata, eratkan siraturahim itu sunnah yang ada, bersendikan kudrat kita bersama, sedia menentang musuh Bangsa dan Negara.


Terima kasih atas sumbangan keratan lama: