Friday, March 6, 2009

Qasidah Burdah (Imam al-Bushiri)

TAHUKAH anda, mengikut satu rencana berjudul Puisi Ahli Sufi, sebelum kebanyakan negara Islam dijajah, hampir semua sastera yang dihasilkan orang Islam menampilkan ciri daripada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, iaitu hurufnya dicatat dalam tulisan jawi yang punya keunikan tersendiri.

Genre sastera atau seni Islam adalah sangat universal. Ia merangkumi khutbah, bayan, risalah, maqamah (cerpen), qissah (cerita bermoral seperti kisah sahabat), maqalah (rencana mengenai sesuatu), qasidah (puisi) dan sebagainya.

Qasidah - satu cabang seni Islam dari Arab yang sangat terkenal di tanah Arab sehingga kini. Ada pelbagai Qasidah Islam terkenal, antaranya Qasidah Burdah Shareef yang sangat masyhur. Qasidah Burdah mendapat gelaran sedemikian memandangkan isinya memberi pujian terhadap junjungan besar Nabi Muhammad.

“Sayyidul Muddah” iaitu Penghulu para pemuji Rasulullah saw dan juga puisi cintanya “Burdah”.

Karangan Imam al-Bushiri.
Nama penuhnya : Muhammad bin Said bin Hamad al-Shonhaji al-Bushiri.
Lahir di : Bahtim, Mesir pada 608H (1212M).
Berasal dari keturunan keturunan Maghribi.
Beliau ialah murid kepada Shaikh Abu Hasan ash-Shadhili.
Beliau wafat di Iskandariyah Mesir pada 696H (1296M).

Berikut dipetik tulisan Ustaz Fahmi Zamzam al-Nadawi:
“Adalah disebutkan dalam sejarah bahawa Imam al-Bushiri pengarang qasidah Burdah ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan.

Imam al-Bushiri dikenali sebagai seorang yang warak sejak beliau masih kanak-kanak lagi, lagi. Pernah disebut dalam sejarah, Imam al-Bushiri, pernah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan.

Pelbagai usaha dilakukan untuk rawatan namun tiada juga tanda sembuh, malah sakitnya bertambah teruk. Akhirnya para doktor yang mengubatinya sudah berputus asa dari kesembuhannya.Maka dalam keadaan badan yang sangat teruk ini timbullah satu ilham di hati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah saw.

Rupanya badan yang lemah longlai ini masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang sangat tajam dan keazaman yang kuat. Maka dengan hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kerinduan terhadap Baginda, Imam al-Bushiri melakarkan qasidahnya.

Satu bait demi satu bait, satu rangkap demi satu rangkap sehingga qasidah dapatlah diselesaikan dengan jumlah bait syair sebanyak 161 bait.Apa yang dirasakan dalam jiwa beliau semasa menggoreskan penanya ialah semoga dengan berkat memuji Baginda saw, penyakitnya akan disembuhkan oleh Allah swt.

Maka sebaik sahaja beliau selesai dari qasidahnya terus beliau tertidur dan beliau bermimpi melihat Rasulullah saw dalam tidurnya. Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda menyapukan tangannya yang mulia itu di atas badan Imam al-Bushiri yang sedang sakit itu dan setelah itu Baginda menyelimuti badan Imam al-Bushiri dengan sehelai selendang (Burdah).

Sebaik sahaja badan Imam al-Bushiri selesai diselimuti oleh Rasulullah saw lantas beliau terjaga dari tidurnya dan beliau mendapati bahawa penyakit lumpuhnya telah hilang. Badan beliau sihat seakan-akan tidak pernah ditimpa penyakit lumpuh itu. Dan oleh kerana kesembuhan badan beliau adalah menerusi keberkatan “Burdah” atau selendang yang telah diselimutkan oleh Rasulullah saw ke badan beliau, maka Imam al-Bushiri menamakan qasidah yang baru sahaja diselesaikannya itu dengan “Burdah” ertinya selendang.

Menurut riwayat lain ada menyebutkan bahawa Imam al-Bushiri mendapati “Burdah” atau selendang tersebut ada di atas badannya apabila beliau terjaga dari tidurnya.”Kita tidak boleh beriktiqad Qasidah Burdah yang menyembuhkan penyakit, tapi dengan memuji-muji Baginda saw, menyebut akhlak-akhlak Baginda yang terpuji, pasakkan rasa cinta yang mendalam terhadap Baginda. Dengan barakah Baginda saw Kekasih Allah, maka insya Allah akan disembuhkan segala macam penyakit.

http://www.livevideo.com/video/F2B5EBCF2CCB40A98F3E1BADE030F561/qasida-burda-shareef.aspx



Tuesday, March 3, 2009

Warkah Pusaka Guru



PANTUN SILAT CEKAK

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya


Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad bin Darus dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Menurut keterangan dari ahli-ahli Silat Cekak, pantun ini telah dicipta pada tahun 1975.


KEASLIAN SILAT CEKAK USAH DIRAGUKAN

Bilamana mendapat sendiri petikan dan ulasan dari empunya badan yang berbuat kata, maka terbukalah simpulan yang selama ini heboh diperkata, sangkalan dakwa-dakwi bermain kata, sedikit sebanyak boleh memeningkan kepala.

Sebagai generasi pendokong seni budaya, usahlah kitaselalu mengadu domba, menyampaikan perkara yang penuh sejarah duka, biarkanlah orang lama punya sengketa, kita utuhkan kembali bersama perpaduan dan SENI KEBANGSAAN meluas merata-rata.

Sengketa orang lama usahlah dok perkata, eratkan siraturahim itu sunnah yang ada, bersendikan kudrat kita bersama, sedia menentang musuh Bangsa dan Negara.


Terima kasih atas sumbangan keratan lama:

Monday, February 16, 2009

Sedarlah Wahai Nafsku

Lihatlah berapa ramai saudaramu derita,
Lihatlah berapa ramai saudaramu disiksa,
Lihatlah berapa ramai saudaramu menanggis damba,
Laungan kalimah membesarkah ALLAH lekat mengeringkan bibir senantiasa,
Tubuh sakit luka dan longlai tak bermaya,
Malah sebahagianya dihenjak, dipenjara,
Adus kepalang sungguh melihat dan mendengar berita.

Apa ilkhtizam yang telah ku cuba?
Membantu tiada, menginsafi tiada,
sebaliknya alpa keseronokan dan kemaruk masa
kian menimbun mengumpul onar dosa
sedikitpun tiada endah perginya masa.

Apa sudah jadi hidupku kini…?
Apa persiapan telah ku diri..?
Telah gilapkah cermin diri dicuci
Malang, malang sungguh terperi,
Membiarkan terdiri diambang benci
Menenggelamkan tajalli di lubuk sepi
Semuanya kerna bergelombang hawa jasadi.

Sedarlah wahai Diri,
Teguran buatmu telah diberi,
Pulauan hadirmu telah diperhati,
Secobek masa tinggal hendaklah hiasi
Semoga sempat pulangmu bersambut dosa bersuci.

Wednesday, December 24, 2008

Tahun Baru


Selang beberapa hari tidak lama lagi, diriku akan melalui "Gerbang Usia" yang mana menjarakan waktu lampau dan dini hari sebagai rekod cacatan sejarah dalam hidupku.
Gerbang Usia yang berada dihadapanku kini sedang menanti dengan tirai yang dilabohkan untuk disingkapkan agar lorongnya dapat jelas mata memandang.
Aku pasti gerbang ini berbeza berbanding gerbang-gerbang yang pernah ku tempuhi sebelum ini, terhias indah terpampang dihadapan, tapi sebenarnya ia dilapisan kedua yang melekakan.
Namun masih belum terlewat, andai diberikan kesempatan dan peluang, rupanya gerbang itu perlu melewati oleh "Gerbang Nur" terpasak dihadapan yang mana isnin ini 1Muharam 1430H bersamaan 29 Disember 2008.
Aku hampir terleka dengan hiasan Gerbang Usia yang mana banyak percaturan aku aturkan untuk dihiasi disegenap dinding-dinding dan ruang lorongnya, padahal aku lupa perancangan untuk melengkapkannya dengan Nur yakni pencahayaan disepanjang lorong gerbang yang bakal aku lalui.
Subhanallah !
Aku disedarkan dengan ucapan teguran, namun pengisiannya aku kurang paham.
Alhamdulillah wa Syukurlillah !
Masih ada ruang dan waktu, namun aku tak pandai merancang.
Allahhu Akbar!
Hanya pada-Mu daku berserah diri, bantuilah daku, bimbingilah daku, tiada daya upayaku melainkan pertolongan-Mu.
Aku sedar, tanpa Nur yang menerangi lorong-lorong, pasti pincang perjalananku kehadapan, biarpun banyak hiasan yang daku kendong, pasti tidaklah dapat daku perhiaskan di tempat letak yang sepatutnya, telah pasti berciciranlah tanpa sedar membolehkan membelit tersadung kaki diperjalanan.
Apa yang pasti ialah perindahkan cahaya dahulu, sungguhpun modal masa yang perlu dipertaruhkan, baki yang tinggal belilah ia untuk sedikit perhiasan, telah pasti sinarnya menyemarakkan ruang dek pantulan cahaya yang dihasilkan. bukannya dengan cara penuhi perhiasan sehingga menutupi punca cahaya yang mana mengelapkan ruang lorong kehidupan. inilah dikatakan pemBAZIRan modal yang dipertaruhkan.

Saturday, September 20, 2008

Tuesday, September 2, 2008

Tafsir : Prof. Dr. Hamka



Surat AN-NAS(MANUSIA)

Surat 114: 6 ayat

Diturunkan di MAKKAH
سورة: الناس
----------------------------------------------------------------------------------------


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

1- Katakanlah: "Aku berlindung dengan Pemelihara manusia.
Say: I seek refuge with the Lord and Cherisher of Mankind,


مَلِكِ النَّاسِ
2- Penguasa manusia,
The King (or Ruler) of Mankind,

إِلَهِ النَّاسِ
3- Tuhan bagi manusia.
The Allah (for judge) of Mankind,-

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
4- Dari kejahatan bisik-bisikan dari si pengintai-peluang.
From the mischief of the Whisperer (of Evil), who withdraws (after his whisper),-

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
5- Yang membisik-bisikkan di dalam dada manusia
(The same) who whispers into the hearts of Mankind,-

مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
6- Daripada jin dan manusia
Among Jinns and among men.

--------------------------------------------------------------------------------------

Katakanlah." (pangkal ayat 1) Hai utusanKu, dan ajarkan jugalah kepada mereka yang percaya; "Aku berlindung dengan Pemelihara manusia." (ujung ayat 1). "Penguasa manusia." (ayat 2). "Tuhan bagi manusia." (ayat 3).

Di dalam Surat yang terakhir dalam susunan al-Quran yang 114 Surat ini, disebutkanlah ajaran bagaimana caranya manusia berlindung kepada Allah dari sesamanya manusia.

Saya sendiri dan saudara yang membaca karangan ini adalah manusia. Dan kita pun hidup di tengah-tengah manusia. Selain dari hubungan kita dengan Allah, kita pun selalu berhubungan dengan sesama manusia. Tidak ada di antara kita yang dapat membebaskan diri daripada ikatan dengan sesama manusia.

Di dalam Surat 3, ali Imran ayat 112 dengan tegas Allah memberikan peringatan bahwa kehinaan akan dipikulkan Tuhan kepada kita kecuali dengan berpegang kepada dua tali; tali dari Allah dan tali dari manusia.

Agama sendiri pun, selain dari mengatur tali perhubungan dengan Allah, juga mengatur tali perhubungan dengan sesama manusia. Dan kita pun maklum dan mengalami sendiri, bahwa pergaulan dengan sesama manusia itu bukanlah suatu yang mudah. Yang bagus menurut pendapat kita belum tentu bagus menurut pen­dapat orang lain. Langkah cita-cita yang baik belum tentu diterima orang lain. Kalau dipandangnya akan merugikannya, niscaya akan dihambatnya.

Di tengah-tengah gelombang kehidupan manusia yang banyak itu, dengan berbagai macam ragam keinginan, kelakuan, cita-cita, lingkungan dan pen­didikan terseliplah kita, saya dan saudara, sebagai peribadi. Menyisih dari sesama manusia tidak bisa, dan bergaul terus dengan mereka bukan tak ada pula akibatnya, akibat yang baik ataupun yang buruk.

Manusia bisa menguntungkan kita dan bisa membahayakan kita. Maka diajarkanlah pada Surat yang terakhir ini bagaimana cara kita meng­hadapi dan hidup di tengah-tengah manusia. Kita dengan ajaran melalui Nabi s.a.w. disuruh memperlindungkan diri kepada Allah! Karena Allah itulah Rabbun-Naasi, Pemelihara Manusia. Malikun-Naasi, Penguasa Manusia dan Ilahun-Naasi, Tuhan bagi manusia.

Allah adalah Rabbun, Malikun, Ilahun.

Allah adalah Pemelihara, Penguasa dan Tuhan.

Allah adalah KHALIQ, artinya Pencipta. Di samping menciptakan seluruh alam, Allah pun menciptakan manusia, dan manusia itu mempunyai pergaulan hidup. Manusia diberi akal budi, sehingga manusia hidup di permukaan bumi ini jauh berbeda dengan kehidupan makhluk Allah yang lain. Sebab itu maka manusia dapat merencanakan apa yang akan dikerjakannya di dalam me­nempuh jalan hidupnya, sampai dunia ini akan ditinggalkannya kelak.

Tidaklah Allah membiarkan saja manusia hidup menurut semau-maunya.

أيَحْسَبُ الإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدَى - القيامة 36
"Apakah menyangka manusia itu bahwa is akan dibiarkan saja hidup ter­lunta-lunta?" (al-Qiyamah: 36)

Tuhan adalah Rabbun-Naasi; Pemelihara manusia. Tidak dibiarkan terlantar, dipeliharaNya lahirnya dan batinnya, luarnya dan dalamnya, jasmaninya dan rohaninya, makanannya dan minumannya. Yang dipeliharanya itu termasuk aku, termasuk engkau dan termasuk segala makhluk yang bernama Naas atau Insan dalam dunia ini. Sehingga turun nafas kita, perjalanan dan goyangan jantung siang dan malam yang tidak pernah berhenti, alat-alat pencerna tubuh, telinga alat pendengar, mata alat melihat, hidung alat pembau, semuanya dipelihara terus oleh Maha Pemelihara itu, oleh Rabbun itu.

Dan Dia adalah pula Malikun-Nasi, Penguasa dari seluruh manusia.

Kalau kalimat malik itu dibaca tidak dipanjangkan bacaan pada mim (tidak dengan madd, panjang dua alif menurut ilmu tajwid), berartilah dia Penguasa atau Raja. Pemerintah tertinggi atau Sultan. Tetapi kalau malik dibaca dengan dipanjangkan dua alif pada mim, berarti dia Yang Empunya.

Dipanjangkan membaca mim ataupun dibaca tidak dipanjangkan namun pada kedua bacaan itu memang terkandung kedua pengertian Allah itu memang Raja, atau Penguasa yang mutlak atas diri manusia Maha Kuasa Allah itu mentakdirkan dan mentadbirkan, sehingga mau tidak mau, kita manusia mesti menurut peraturan yang telah ditentukanNya, yang disebut Sunnatullah. Kalau kita hendak dilahirkannya ke duunia, hanya berasal dari setetes mani, kita pun lahir.
Kalau kita hendak dimatikannya, bagaimanapun bertahan, kita pasti mati. Kita ini Dialah yang empunya. Bahkan nyawa kita; kalimat mudhaf dan mudhaf ilaihi di antara nyawa dan kita, arti sepintas lalu ialah bahwa nyawa kita sendiri kitalah yang empunya. Namun pada hakikatnya, yang empunya nyawa kita bukanlah kita, melainkan Dia.
Jelas dikatakanNya dalam wahyuNya; Ruhi-hi, artinya; Nyawa-Nya, bukan Ruhi-iy; Roh atau naywaku! (Dengan K, huruf kecil).

Kalau sudah jelas bahwa nyawa kita sendiri bukan kita manusia yang empunya, apalah lagi yang kita kuasai dan kita punyai di dalam diri kita ini?

Tidak ada!

Maka tidaklah ada artinya mengakui Allah sebagai Rabbun, atau Pemelihara, kalau kita tidak mengakui yang selanjutnya, yaitu bahwa Allah itu sebagai Malikun adalah sebagai Penguasa atas kita manusia, Raja atas kita manusia, yang Memiliki atas diri seluruh manusia, termasuk aku dan engkau!

Oleh sebab hanya Dia Pemelihara dan hanya Dia Penguasa, maka hanya Dia pulalah yang Ilah, hanya Dia sajalah yang Tuhan, yang wajar buat di­sembah dan dipuja. KepadaNyalah kembali segala persembahan dan segala pemujaan.

Kita perlindungkan diri kepada Allah, Pemelihara, Penguasa dan Tuhan dari Sarwa Sekalian Alam, dan khusus dari seluruh manusia dari segala mara­bahaya.

Pada Surat yang telah lalu, Surat 113, al-Falaq kita memperlindungkan diri kepada Allah sebagai Pemelihara dari pergantian malam kepada siang, dari kejahatan segala apa pun yang Dia jadikan.

Kita melindungkan diri kepadaNya, dalam keadaanNya sebagai Pemelihara dari kegelapan malam, dan kita pun melindungkan diri dari mantra dan tuju tukang sihir, ataupun dari bujuk rayu perempuan (sebagai ditafsirkan oleh Abu Muslim) dan dari hasad dengkinya orang yang dengki.

Namun pada Surat penutup ini, Surat 114 kita berlindung kepada Allah dari satu macam bahaya yang timbul dari sesama manusia. Apa­kah bahaya itu?

Yaitu; "Dari kejahatan bisik-bisikan dari si pengintai-peluang." (ayat 4). lalah orang yang selalu mengintai kalau ada peluang. Yang selalu menunggu moga-moga kita terlengah. Maka saat kita terlengah itulah peluang yang baik baginya untuk membisik-bisikkan sesuatu!

"Yang membisik-bisikkan di dalam dada manusia." (ayat 5). Dia berbisik-­bisik, bukan berterang-terang. Dia masuk ke dalam dada manusia secara halus sekali. Dia menumpang dalam aliran darah, dan darah berpusat ke jantung, dan jantung terletak dalam dada.

Maka dengan tidak disadari bisikan yang dimasukkan melalui jantung yang dibalik benteng dada itu, dengan tidak di­sadari terpengaruhlah oleh bisik itu. Sedianya kita akan maju; namun karena mendengar bisikan dalam dada itu, kita pun mundur.

Tadinya hati kita telah bulat hendak berjihad fi Sabilillah; namun karena bisikan yang menembus hati itu, kita tidak jadi berjihad. Kita menjadi ragu akan maju ke muka. Bisikan dalam hati yang menghasilkan ragu-ragu itu sangatlah menurunkan mutu kita sebagai manusia. Dan perasaan yang dibisikkan oleh sesuatu di dalam dada itu telah diberi nama dalam ayat-ayat ini, yaitu waswas! Dan dia pun telah menjadi bahaya Indonesia kita; waswas.

Siapa yang memasukkan waswas ini ke dalam dada kita? Ditegaskan oleh ayat terakhir. Dia terdiri; "Daripada jin dan manusia." (ayat 6).

Si pengintai-peluang (ayat 4) disebut si KHANNAS!

Ada yang halus atau secara halus; itulah yang dari jin.Ada yang kasar secara kasar, itulah yang dari manusia.

Keduanya membujuk, merayu, setelah memperhatikan bahwa kita lengah.

Karena kelengahan kita, timbullah penyakit waswas dalam dada, hilang keberanian menegakkan yang benar dan menangkis yang salah, sehingga rugi­lah hidup di tengah-tengah pergaulan manusia yang menempuh jalan berliku-­liku ini.
Di ayat penghabisan ini telah dijelaskan bahwasanya si pengintai-peluang itu terdiri dari dua jenis, yaitu jin dan manusia. Al-Hasan menegaskan: "Kedua­nya sama-sama syaitan. Syaitan yang berupa jin memasukkan waswas ke dalam dada manusia. Adapun syaitan yang berupa manusia memasukkan waswas secara kasar."

Qatadah menjelaskan; "Di keduanya ada syaitannya. Di kalangan jin ada syaitan-syaitan, di kalangan manusia pun ada syaitan-syaitan."

Tafsir dari Ustazul Imam Syaikh Muhammad Abduh lebih menjelaskan lagi. Kata beliau: "Yang membisik-bisikkan (was-was) ke dalam hati manusia itu ada­lah dua macam. Pertama ialah yang disebut jin itu, yaitu makhluk yang tak nampak oleh mata dan tidak diketahui mana orangnya tetapi terasa bagaimana dia memasukkan pengaruhnya ke dalam hati, membisikkan, merayukan. Dan semacam lagi ialah perayu yang kasar, yaitu manusia-manusia yang mengajak dan menganjurkan kepada jalan yang salah."

Imam Ghazali di dalam kitabnya "Ihya' Ulumiddin" yang terkenal itu mem­berikan bimbingan terperinci, bagaimana usaha supaya di dalam kita melakukan sembahyang jangan sampai si Khannas itu dapat memasukkan pengaruhnya ke dalam dada kita.
Di antara lain beliau menulis; "Apabila engkau membaca A`udzu billahi minasy-syaithanir-rajim, hendaklah engkau ingat bahwa musuh besarmu itu (syaitan), selalu mengintipmu, dan jika engkau lengah niscaya di­palingkannya hatimu daripada ingat akan Allah. Asal mulanya ialah karena hasad dengkinya kepadamu, melihat engkau munajat menyeru Allah dan engkau bersujud kepadaNya. Padahal dia dikutuk Tuhan karena sekali bersalah menantang Tuhan, tidak mau sujud kepada Adam.

Dan sesungguhnya engkau memperlindungkan diri kepada Allah daripada perdayaan syaitan itu ialah dengan meninggalkan apa yang disukai syaitan, bukan semata-mata hanya berlindung diucapkan mulut.
Karena orang yang telah diintai oleh binatang buas, sedang dia tahu, atau hendak diserang dan dibunuh oleh musuhnya, tidaklah akan menolong kalau hanya diucapkannya "Aku berlindung kepada Allah, bentengku yang kuat," padahal dia masih tegak juga di tempat Ucapkanlah ucapan itu, tetapi segeralah tinggalkan tempat yang berbahaya itu. Karena dengan ucapan saja tidaklah akan berfaedah.

Demikian jugalah adanya orang yang masih saja menuruti kehendak syahwatnya, padahal menurut syahwat itulah yang sangat disukai oleh syaitan dan dimurkai oleh Tuhan; tidaklah akan menolong kalau hanya ucapan, kalau hanya bacaan! Tetapi hendaklah di samping berucap dan membaca, ambil cepat tindakan meninggalkan lapangaan syaitan itu dan masuk ke dalam benteng yang tidak sedikit pun dapat dimasuki oleh musuh. Benteng yang teguh kokoh itu ialah yang pemah dijelaskan oleh Tuhan Azza wa Jalla dengan perantaraan lidah NabiNya s.a.w. Bahwa Tuhan perBoldnah berfirman kepada beliau (Hadis Qudsi):

لآ إله إلا اللهُ حِصْنِيْ ، فَمَنْ دَخَلَ حِصْنِيْ أَمِنَ مِنْ عَذَابِيْ
"La Ilaha Illallah"; "Tidak ada Tuhan melainkan Allah adalah bentengKu; barangsiapa yang masuk melindungkan dirt ke dalam bentengKu, selamatlah is daripada azabKu."

Orang yang terpelihara dalam benteng itu ialah orang yang benar-benar tidak ada ma'budnya, tidak ada yang disembahnya selain Allah. Adapun orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuhannya, maka dia itu adalah di tempat permedanan syaitan, bukan berlindung di benteng Tuhan." – Sekian Ghazali.


* * * *

Maka banyaklah keterangan dari Rasulullah s.a.w sendiri tentang bagai­mana pentingnya kedua Surat ini, yang selalu disebut "Mu`awwidzataini" (dua Surat perlindungan) untuk dijadikan bacaan pengokoh iman, penguat jiwa, penangkis bahaya.

Maka tersebutlah di dalam sebuah Hadis yang shahih, dirawikan oleh Bukhari, yang beliau terima dengan sanadnya daripada Ibu orang yang ber­iman Siti Aisyah (moga-moga Allah ridha kepadanya), bahwasanya junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. apabila hendak masuk ke dalam tempat tidurnya setiap malam, dikumpulnya kedua telapak tangannya, kemudian itu dibacanya; mula-mula "Qul Huwallaahu Ahad", sesudah itu "Qul A'uudzu Bi Rabbit Falaqi", sesudah itu "Qul A'uudzu Bi Rabbin-naasi", yang ditampungkannya sambil membaca itu dengan kedua telapak tangannya itu. Setelah selesai, maka di­barutkannyalah kedua telapak tangannya itu pada bahagian-bahagian yang dapat dicapai oleh kedua telapak tangannya itu, dengan dimulai dari kepalanya dan mukanya, terus kepadaa sseluruh badannya sampai ke bawah. Diperbuatnya demikian sampai tiga kali."

Selain dari Bukhari, Hadis ini pun dirawikan oleh ash-Habus-Sunan.

Dan seketika penulis tafsir ini masih lagi kecil, cara pelaksanaan Hadis ini telah diajarkan kepadaku oleh ayahku dan guruku. Dan dalam perjalanan-­perjalanan musafir ketika saya menngiiringkan beliau, jaranglah aku tidak melihat beliau melakukan demikian. Demikianlah adanya; Amin.