Tuesday, March 3, 2009

Warkah Pusaka Guru



PANTUN SILAT CEKAK

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya


Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad bin Darus dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Menurut keterangan dari ahli-ahli Silat Cekak, pantun ini telah dicipta pada tahun 1975.


KEASLIAN SILAT CEKAK USAH DIRAGUKAN

Bilamana mendapat sendiri petikan dan ulasan dari empunya badan yang berbuat kata, maka terbukalah simpulan yang selama ini heboh diperkata, sangkalan dakwa-dakwi bermain kata, sedikit sebanyak boleh memeningkan kepala.

Sebagai generasi pendokong seni budaya, usahlah kitaselalu mengadu domba, menyampaikan perkara yang penuh sejarah duka, biarkanlah orang lama punya sengketa, kita utuhkan kembali bersama perpaduan dan SENI KEBANGSAAN meluas merata-rata.

Sengketa orang lama usahlah dok perkata, eratkan siraturahim itu sunnah yang ada, bersendikan kudrat kita bersama, sedia menentang musuh Bangsa dan Negara.


Terima kasih atas sumbangan keratan lama:

1 comment:

faegonabegglen said...

Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
Borgata Hotel Casino 광명 출장샵 & Spa. 1 Borgata Way, Atlantic City, NJ 경상남도 출장안마 08401. 상주 출장안마 Directions · (609) 317-1000. Call Now · Full Service. Rating: 2.1 전주 출장안마 · ‎1,910 포천 출장샵 votes