Sunday, August 31, 2008

ILMU-ILMU HADIS SHIKH AHMAD AL-FATHANI

Puisi Kitab Kasyful Ghummah

“Puji bagi Tuhan, yang menjadikan mawa’izh itu tazkirah lil ummah,
Dan dibukakan dengan dia daripada mereka itu yang menerimanya akan ghummah

Dan shalawat dan salam atas Nabi al-Hadi ila Rasyad,
Dan atas keluarganya dan tolannya syufa’ana yaumal ma’ad

Wa ba’du,
Maka telah sempurnalah ini kitab yang mustathab
Yang padanya Hudanl lil muttaqin wa zikra li ulil al-bab

Sesungguhnya telah disebutkan padanya
Alhbarut tasif as-saq bis-saq
Dan ahwal pada hari yang padanya ila rabbikal masaq

Dan dicetera padanya akan segala yang menakuti daripada ahwal al-jahim

Dan dinazham pada suluk asrarnya akan segala lu’lu’ akhbar jannatin na’im

Dan lain daripada ahwal yang barzakhiyah

Dan segala pekerjaan yang ukhrawiyah

Barang yang sayogianya mengambil ibarat
Dengan dia oleh ‘aqilun

Dan hendaklah beramal bagi seumpama tsawab
Yang tersebut padanya oleh ‘amilun

Dan adalah hamba muqabalahkan pada tashhihnya
Dengan Mukhtashar asy-Sya’rani bagi asalnya yang Arabi
Iaitu at-Tazkirat al-Qurthubiyah

Dan hamba tashlilkan setengah daripada barang yang zhahir padanya tahrif,
Maka jadilah ia bersih seolah-olah Ia-ali manzumah
Atawa sabaik zahabiyah

Dan adalah capnya pada al-Mathba’ah al-Miriyah,
Yang pada Makkah al-Mahmiyah

Dan selesainya pada pertengahan Syawal,
Sanah 1303 Hijrah an-Nabi Shallalahu alaihi wa sallam,
Wa’ala alihi wa shahbihi wa syarafi wa karam

Karya: Sheikh Daut Abdullah al-Fathani

No comments: