Sunday, August 31, 2008

ILMU-ILMU HADIS SHIKH AHMAD AL-FATHANI

Puisi Kitab Al-Kaukab Ad-Durriy

Wa ba’du
Maka telah selesai thaba’ ini kitab
Yang mengandung akan beberapa banyak ajaib
Yang mengatakan daripada ahwal bahamut,
Dan malakut,
Akan badai’ dan gharaib

Maka seyogialah,
Bagi segala mata,
Bahawa berkuhul ia,
Dengan itsmid muthala’ahkan ibaratnya

Dan bagi segala telinga,
Bahawa berlazat-lazat ia,
Dengan halawah mendengarkan hakikatnya.

Yang diisnadkan sekaliannya,
Kepada tsiqat al-ulama zawit tahqiq
Maka lazimlah atas segala hati,
Bahawa ada ia baginya Abu Bakar as-Shiddiq

Dan sesungguhnya,
Jikalau dituliskan risalah ini,
Atas shafaih al-fiddah dengan ma’az-zahab
Nescaya berpatutanlah demikian itu,
Dengan mahasinnya yang indah lagi ‘ajab

Karya: Sheikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fathani

No comments: