Sunday, August 31, 2008

ILMU-ILMU HADIS SHIKH AHMAD AL-FATHANI

Puisi Kitab Al-Kaukab Ad-Durriy

Wa ba’du
Maka telah selesai thaba’ ini kitab
Yang mengandung akan beberapa banyak ajaib
Yang mengatakan daripada ahwal bahamut,
Dan malakut,
Akan badai’ dan gharaib

Maka seyogialah,
Bagi segala mata,
Bahawa berkuhul ia,
Dengan itsmid muthala’ahkan ibaratnya

Dan bagi segala telinga,
Bahawa berlazat-lazat ia,
Dengan halawah mendengarkan hakikatnya.

Yang diisnadkan sekaliannya,
Kepada tsiqat al-ulama zawit tahqiq
Maka lazimlah atas segala hati,
Bahawa ada ia baginya Abu Bakar as-Shiddiq

Dan sesungguhnya,
Jikalau dituliskan risalah ini,
Atas shafaih al-fiddah dengan ma’az-zahab
Nescaya berpatutanlah demikian itu,
Dengan mahasinnya yang indah lagi ‘ajab

Karya: Sheikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fathani

ILMU-ILMU HADIS SHIKH AHMAD AL-FATHANI

Puisi kitab Al-Jauharul Mauhub

“Puji itu bagi Allah,
Yang dengan kurnia-Nya sempurna segala yang dituntuti

Dan Rahmat dan sejahtera
Atas afdal segala Nabi yang diikuti

Dan atas keluarganya dan taulannya yang semulia-mulia mereka itu,
Yang dengan kepujiannya disebuti
Kemudian daripada itu,
Maka dengan pertolongan Tuhan al-Malikul Wahhab

Dan dengan kemegahan
Penghulu kita an-nathiqu bish-shawab
Telah sempurnalah ini kitab yang mustathab
Yang ialah bagi segala hati yang lalai itu,
Sebesar-besar cerca san ‘itab

Yang menyaksi akan dia
Oleh al-Muqarrabun
Khitamuhu miskun dan pada
Falyatanafasil mutanafisun

Yang dinamakan dia
Dengan al-Jauharul Mauhub
Iaitu kitab yang terpenuh
Dengan guna-gunaan yang mathlub

Dan indah-indahan yang padanya marghub
Daripada ahadist Nabawiyah
Dan atsar Salafiyah
Dan fawaid yang ‘ajubah
Dan faraid yang gharibah
Dan asrar yang lami’ah
Dan akhbar yang jami’ah
Dan nashaih dan mawa’izh yang mufidah
Dan ma’arif dan ‘ulum ‘adidah

Maka ialah,
Langit segala bintang yang ‘alaih
Dan laut segala mutiara yang ghaliyah
Dan kebun segala bunga-bungaan yang bahiyah
Dan pokok segala buah-buahan yang syahiyah

Ta’lif guru yang a’zham
Bagi segala guru yang masyur

Maka dialah matahari ilmu
Dan mereka itu budur

Al-‘Allamah al-‘Amil
Wa al-Fadhil al-Kamil

Tuan Sheikh Wan Ali Kutan al-Kalatan
Ibnu al-Marhum Wan Abdur Rahman
Ibnu Abdul Ghafur afadhallahu Taala alaihi
Sawabighul judi wal ihsan”

Karya: Sheikh Wan Ali Kulan al-Kalantani

ILMU-ILMU HADIS SHIKH AHMAD AL-FATHANI

Puisi Kitab Kasyful Ghummah

“Puji bagi Tuhan, yang menjadikan mawa’izh itu tazkirah lil ummah,
Dan dibukakan dengan dia daripada mereka itu yang menerimanya akan ghummah

Dan shalawat dan salam atas Nabi al-Hadi ila Rasyad,
Dan atas keluarganya dan tolannya syufa’ana yaumal ma’ad

Wa ba’du,
Maka telah sempurnalah ini kitab yang mustathab
Yang padanya Hudanl lil muttaqin wa zikra li ulil al-bab

Sesungguhnya telah disebutkan padanya
Alhbarut tasif as-saq bis-saq
Dan ahwal pada hari yang padanya ila rabbikal masaq

Dan dicetera padanya akan segala yang menakuti daripada ahwal al-jahim

Dan dinazham pada suluk asrarnya akan segala lu’lu’ akhbar jannatin na’im

Dan lain daripada ahwal yang barzakhiyah

Dan segala pekerjaan yang ukhrawiyah

Barang yang sayogianya mengambil ibarat
Dengan dia oleh ‘aqilun

Dan hendaklah beramal bagi seumpama tsawab
Yang tersebut padanya oleh ‘amilun

Dan adalah hamba muqabalahkan pada tashhihnya
Dengan Mukhtashar asy-Sya’rani bagi asalnya yang Arabi
Iaitu at-Tazkirat al-Qurthubiyah

Dan hamba tashlilkan setengah daripada barang yang zhahir padanya tahrif,
Maka jadilah ia bersih seolah-olah Ia-ali manzumah
Atawa sabaik zahabiyah

Dan adalah capnya pada al-Mathba’ah al-Miriyah,
Yang pada Makkah al-Mahmiyah

Dan selesainya pada pertengahan Syawal,
Sanah 1303 Hijrah an-Nabi Shallalahu alaihi wa sallam,
Wa’ala alihi wa shahbihi wa syarafi wa karam

Karya: Sheikh Daut Abdullah al-Fathani

Tuesday, August 19, 2008

...kenali diri.....



Assalamu'alaikum....


kehadarat para hadirin dan pembaca sekalian.




Terima kasih atas kesudian kalian bertandang ke ruang coretan ambe yang tak seberapa indah ini, sudah cukup memberikan seribu makna tak terucap kerana dapat meluangkan masa untuk menterjemahkan keakal fikiran dari tenungan mata atas setiap penulisan dan paparan ambe ini.




Berbesar hatilah kiranya paparan ambe ini mendapat sedikit sentuhan tangan dari kalian yang menyumbangkan akal fikiran atas apa yang ambe perkatakan demi untuk menjerhihkan apa yang keruh, menapis mana yang hampas, semoga perihal ilmu-Nya dapat menyemarakkan pemahaman buat diri ambe yang kerdil serba kekurangan ini dalam mecarikkan masa perjalanan yang masih tersisa.